Sunday, March 8, 2009

PPSMI-Friend or Foe?

  1. Saya merujuk kepada perkembangan terkini tentang isu pendidikan terkini mengenai PPSMI yang dibantah keras oleh Rakyat Malaysia. Pada pandangan saya yang hina ini, perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh ketakutan rakyat, pendidik,pemerintah dan pembangkang. Rakyat takut bahawa pengajaran menggunakan bahasa inggeris akan melemahkan pencapaian akademik anak-anak Malaysia. Pendidik pula membantah kerana mereka takut mereka dibayar gaji yang tidak halal atas ketidakmampuan mereka menggunakan bahasa inggeris di dalam pengajaran Sains dan matematik manakala pemerintah takut mereka akan kehilangan penyokokong dan seterusnya undi dalam PRU akan datang manakala pembangkang menggunakan isu ini sebagai tapak meraih sokongan jika mereka membantah. Pejuang Bahasa Melayu...dari dulu sama sahaja.
  2. Sejak saya lahir lagi sehingga saya menamatkan pengajian tinggi saya..apakah yang DBP buat untuk memartabatkan bahasa Melayu. Amat kurang buku-buku Sains Gunaan/tulen diperingkat tinggi yang boleh digunakan sebagai rujukan atau penambahan ilmu. Jika ada hanya peringkat asas. Apakah usaha yang telah dibuat untuk menterjemahkan kajian-kajian saintifik ke Bahasa Melayu ?
  3. Sewaktu saya menuntut di UPM 88-95, 90% bahan rujukan (sains pertanian) adalah dalam bahasa inggeris, termasuk yang di tulis oleh pensyarah saya sendiri. Begitu juga bahan rujukan lain seperti kejuruteraan, perakaunan dan kewangan, Biologi , fisiologi tumbuhan, biokimia dan statistik adalah di dalam Bahasa Inggeris. Kemanakah perginya Bahasa Melayu ???
  4. Sekiranya benar kita ingin memartabatkan Bahasa Melayu, maka usaha-usaha perlu dilaksanakan serta-merta untuk melakukan penterjemahan kedalam Bahasa Melayu. kajian-kajian saintifik perlu ditulis di dalam bahasa Melayu. Tetapi, manakah usaha itu ?
  5. Jangan kita hanya emosi tanpa memikirkan kesannya pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment