Friday, June 26, 2009

Tuesday, June 23, 2009

HARGA BUAH SAWIT

  1. Harga buah sawit merudum kembali . Setelah bermula dengan baik pada RM 523 setan (gred A kawasan selatan) jatuh sehingga RM 426 setan pada 22 Jun. Bagaimana pun peladang-peladang sawit terutama pekebun kecil tetap mempunyai untung sebanyak RM 75 - RM 150 setan bergantung kepada kecekapan pengurusan mereka .
  2. Andainya anda mempunyai 20 ekar kebun sawit matang berusia antara 7 - 12 tahun , purata pengeluaran sebulan disekitar 16 tan. Maka pulangannya adalah RM 6800 sebulan, tolak upah potong , pengangkutan, penyelenggaraan, pembajaan dan tak lupa minum kopi atau teh tarik selepas balik dari kebun, anda masih mendapat pendapatan bersih dianggarkan RM 1200 sebulan. Ini adalah berdasarkan kos sebanyak RM 350 setan atau RM 5600 setan. Kos ini adalah terlalu mewah buat pekebun-pekebun kecil.
  3. Strategi penurunan kos memerlukan jangka masa yang panjang. Sekiranya kebun sawit berada dalam keadaan yang tidak terurus atau dalam keadaan ala kadar sahaja maka akan berlaku penurunan hasil dan peningkatan kos jangka panjang. Maka apa yang penting adalah sentiasa menjaga kebun agar berada dalam keadaan yang memudahkan. Tumbuhan yang tidak perlu atau rumpai wajib dibersihkan dari kebun. Lorong perlu bebas dari sebarang tumbuhan, tetapi rumput-rumput yang lembut perlu digalakkan pertumbuhannya. Pelepah-pelepah yang mati perlu dipangkas dan elakkan memangkas pelepah-pelepah hijau.
  4. Perkara utama yang amat penting adalah tuai hanya buah yang masak dan biji lerai hendaklah dipungut sebaik mungkin. Ini akan mempastikan anda mendapat perahan minyak yang tinggi dan pastinya harga yang lebih baik.
  5. Apapun kepada semua peladang/pekebun sawit yang berugama islam silalah membayar zakat agar hasil itu menjadi lebih berkat dan semakin meningkat.